Throwback Form 5



Gambar yang atas ni masa photoshoot kelas untuk majalah sekolah.Nampak tak yang paling comel kat situ,akulah tu muhaha.


Januari



Ni masa maulidur rasul.Kelas saya masuk perarakan.Saya tak ingat dapat nombor berapa tapi yang pastinya kitorang tak dapat nombor 1 lah.Saya masuk pertandingan nasyid.Yang kelakarnya our solo tak ingat lirik hihihi tapi kitorang tetap dapat nombor satuuuuuuu *tepuktangansikit*


Februari


Saya yang pegang sepanduk itew.Aku ni dahlah jenis ayu tak main langsung sukan tapi diorang pilih saya jadi pengerusi rumah sukan.Saya pun terima ajelah dengan hati yang terbuka hehehe boleh tambah markah dalam buku ko :B Masa ni saya saja nak masuk perbarisan sebab sebelum ni tak pernah pun masuk perbarisan nak tahu jugak rasanya kena berpanas di bawah cahaya matahari yang terik.Heh,nak terketar lutut kena berdiri lama-lama tapi sekejap je sebab dia (aku lupa sape) bagi ucapan pendek je,Alhamdulillah.


Mac


Kelas saya buat birthday surprise dekat Zara (Zara yang pakai tudung warna kuning yang paling teruk kena baling tepung).Saya pun kena baling tepung jugak.Eka punya pasallah ni T___T Saya baru sampai sekolah.Semua kelas masa tu gelap je.Bila saya nak masuk kelas,tiba-tiba Eka keluar dari kelas dan dia baling tepung kat saya sambil jerit,"Surprise!!!!!" Kuat kot dia jerit masa tu huhu.I was like errr blur kejap.Birthday aku dah lepas kotttt.Dia ni dah kenapa.Pastu Eka kelam kabut woii woiii salah oranglahhh anislah woiii.Hahaha tahu pun.Eka ingatkan saya ni Zara sebab tudung saya pakai sama dengan Zara.Zara yang nampak adegan tu dia pun lari ahh apa lagi sebab tak nak kena baling tepung.Kitorang semua pun kejar dia hahaha.


April


Saya masuk pertandingan kalam jamaie.Kalam jamaie ni macam choral speaking jugaklah cuma kalam jamaie ni dalam bahasa arab.Sekolah saya dapat no 1 peringkat zon yeyyy *tepuk tangan* tapi kitorang kalah peringkat negeri huhu *nangis* Sekolah saya jadi tuan rumah masa ni.Ada satu part tu saya kena jerit huriyyah (*dalam bahasa melayu maksudnya merdeka) Saya nervous sangat kot jadinya bila saya jerit tu keluar suara chipmunk.Saya dimalukan di hadapan satu sekolah kot perghh.Tapi i watlek watpeace je.


Mei


Yang gambar atas ni pulak masa majlis keraian sebab sekolah saya menang banyak pertandingan jadi yang bestnya saya boleh makan banyak banyak harhar.Saya pakai cermin mata baru uuuu makin tebal spek ko ye Anis,nak ikut trend terkini kata kooo.Cermin mata yang lama saya dah patah jadi ma beli yang baru.Thanks ma <3


Okay yang ni lak masa Majlis Khatam Al-Quran.Tudung kitorang sama sebab kitorang kena buat persembahan kalam jamaie.Ain nak jadi model masa ni nak tayang beg baru dia jadi dia ajak saya sekali.Tak pasal-pasal saya kena jadi model tak berbayar jugak.


Gambar ni ai lupa masa bulan berapa.Saya mengidam (dah macam orang mengandung) nak makan makaroni bakar jadi saya mengadulah kat my best friends forever yang saya teringin sangat nak makan makaroni bakar. So lepas habis sekolah terus pergi rumah Eka untuk buat projek makaroni bakar.Basirahlah yang paling rajin buat makaroni bakar ni,dialah yang tolong lenyek daging burger,rebus makaroni....saya dengan Ain we olls sibuk berselfie di dapur hahaha tapi kitorang tolong jugak sikit-sikit hik.Kami berdua tahu makan je ngaaaa.


Jun


Hard work pays off!Alhamdulillah dapat naib johan Pertandingan Multimedia dan Animasi peringkat akhir di YIK.Cikgu Azmi pun macam tak percaya je tengok sekolah saya dapat no 2 sebab bila pengerusi umumkan Maahad Muhammadi Lelaki dapat no 3 Cikgu Azmi rasa sekolah saya dah takdek harapan lagi dahh tapi rupa-rupanya hehehe rezeki kami dapat no 2.And that was the first time I saw Cikgu Azmi senyum.

Macam-macam dugaan sebelum pertandingan,pertama laptop masuk virus.Gelabah sekejap aku.Dahlah abah takde masa tu at least ada jugak orang nak tolong.Saya pulak pergi cucuk pendrive dalam komputer redaksi last-last virus tu pergi serang laptop saya whattafishh.Nak nangissss.Kesian abah balik penat-penat tapi terpaksa hadap masalah aku yang ni.Tapi akhirnya problem solved, Alhamdulillah.Second problem,sekolah blackout.Firdaus pun call saya cakap sekolah blackout jadi dia nak lukis storyboard pun susah tapi nasib baiklah blackout tu sekejap je.


Julai


Masa iftar 5 Mekah,Ain bawak cupcake red velvet.Dia mintak basirah buat krim kat cupcake tu sebab nampak kosong sangat.Saya tolong taburkan chocolate rice.Jadi inilah hasilnya...tadaaaa!


Ogos


Tahun ni saya dapat anugerah lagi kekeke Anugerah Pelakon Wanita Paling Popular Anugerah Pelajar Cemerlang SMU 2013.Ni kawan-kawan saya,semua nak bergambar jugak lain kali berdirilah kat belakang kalau dah tahu kerusi tak muat ish ish ish.


September


Jumpa balik kawan-kawan yang join Kursus Kenegaraan ni kat Himpunan Peserta Kenegaraan YIK.Ada ramai student maahad yang lain.Ramai jugak anak-anak YIK ni rupanya ingatkan sekolah kitorang je.


Oktober


Sekolah nak buat sambutan Aidilfitri tapi tak sempat jadi sekolah buat sambutan di ambang aidiladha.Saya,Ain dan Najwa,kami jadi model belakang kelas.Terima kasih Cik Eka kerana menjadi photographer kami yang setia hehehe nanti saya up gaji awak okay!



Seminar SPM di Kota Bharu.Geng-geng bilik saya kemain datang awal semata-mata nak duduk kat depan hehehe bagus kan kitorang.Paling saya ingat masa seminar Bahasa Melayu Cikgu Marzuki menyanyi menggunakan gitar lepas habis seminar.Cool lah cikgu ni!Suara dia pun sedap siottt.I forgotlah dia nyanyi lagu apa tapi rasanya lagu Papinka-Masih Mencintainya.Ain,please correct me if i'm wrong.



Tahun depan no more school.
Gonna miss u guys.

I'm back :)

I'm back uolls!!
Eh lupa nak bagi salam,heh.Assalamualaikum semua :)

Setahun menghilangkan diri daripada blog,pe citaaa ni weh.Setahun?Wahhh dasattt betul aku nih.Ini pun post saya yang pertama bagi tahun 2014.Alhamdulillah saya masih bernyawa dan sihat walafiat. Setahun saya dihimpit rasa rindu dengan blog ini.I miss my baby blog.Saya rinduuuuu rindu serindu rindunyaaaaaa.Eh,tu lagu kan?

I'm sorry sebab dah lama tak blogging almaklumlah saya ini kan busy mengalahkan perdana menteri.Saya habis SPM 25 November.Masa tu last paper iaitu Biologi.Eh? Anis Diyana dah ambik SPM rupanya.Alolo dah besar dah budak nih.Ingat tak besar-besar dah.Habis SPM abah terus ajak pergi bercuti Sabah.Tu lain cerita okay,nanti saya cerita sepanjang kertas A4 kat entri lain okay? Balik dari Sabah,ma pulak ada mesyuarat kat Melaka so saya kena buat semua house chores.Jadi saya takda masa nak edit blog.Heh,padahal kemain dah janji dengan Ain nak blogging balik lepas habis SPM.Teacher Bio saya pulak asyik tanya bila nak blogging balik.Ayat keramat yang saya jawab,

"Lepas SPM."

Ok,sambung cerita balik.Then abah ajak pulak pergi Melaka untuk jemput ma kat sana.Tak buat apa sangat pun kat Melaka,just duduk dalam hotel je lagipun abah pulak kena fly pergi Kota Bharu sebab ada meeting jugak.



Masa kat hotellah saya fikir 'Ish tak boleh jadi ni.Takkanlah nak biarkan blog ni terus berhantu kot.' So saya buat keputusan untuk edit blog.Punyalah terkejut saya tengok blog saya dah bersawang sana sini,ada sarang labah-labah lah,berhabuk sana sini (perhatian :semua itu hanyalah imaginasi penulis,terima kasih)

Tadaa!Inilah blog saya sekarang.Simple and i like it.Putih je.Putih itu kan suci ha.Bukannya saya dah tak suka warna pink its just sometimes nak tukar stail blog saya sebab sebelum ni asyik warna pink je kan dah macam sirap bandung.

I still don't get my car license.Daftar pun tak lagi cemana.Saya pun tak tahu kenapa rasa takut lak nak belajar drive kereta >~<

Ilalliqa.