Showing posts with label teachers. Show all posts

Selamat Hari Guru

Mentang-mentanglah dah tak sekolah hampir terlupa pulak hari penting bertarikh 16 Mei 2015.Saya Anis Diyana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru,Happy Teacher's Day,Eid Mu'allimin kepada semua guru di Malaysia dan juga guru-guru yang pernah mengajar saya walaupun hanya sehari,setahun ataupun yang tak pernah mengajar saya langsung di TABIKA KEMAS Jengka 21,SK (LKTP) Jengka 21,Sekolah Agama Rakyat Jengka 21,SK Sri Wangi dan Maahad Muhammadi Gua Musang termasuklah guru yang mengajar saya semasa kem,seminar dan guru PJK.Tak lupa juga Selamat Hari Guru kepada ma dan abah saya ekeke.

Terima kasih cikgu,ustaz,ustazah,sir dan teacher kerana mengajar saya selama ini.Saya mendoakan agar guru-guru saya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah rahmatNya.Al-Fatihah buat guru saya yang telah tiada.InsyaAllah saya akan berusaha untuk beramal dengan ilmu yang telah dicurahkan oleh kalian.

"Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah"

Tak mungkin saya mampu balas semua jasa cikgu.Jasamu akan tetap kukenang.Selamat Hari Guru.

Dedikasi buat guru-guru di luar sana sajak Guru Oh Guru oleh Usman Awang.



Guru Oh Guru
Usman Awang
1979

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada negara,
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat,
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Edit blog lagiii :)

source:photobucket
Hai dan assalammualaikum.

Perasan sesuatu yang lainkah kat blog saya ni?Hihi,saya tukar template lagi tapi still template blogskins.Layout ni daripada The Secret Lies.Cantik layout ni jadi saya berkenan,haha.Saya malas guna template yang dulu sebab saya perasan template tu rosak sikit.Saya buat blog ni warna hitam dan pink.Yeah,pink itu semestinyaaaaaaaaaa.Kalau guna warna lain mesti tak lama,last-last tukar jugak :p Mula-mula nak buat blog ni warna pink dan putih tapi sakit mata pulak tengok.

Kat sekolah time masa BI tadi nyaris-nyaris saya nak kena sound dengan cikgu saya.(Bukan nyaris-nyaris tapi dah memang kena pun) Sebabnya saya tak gi salin dialog Rumpelstiltskin dalam kertas A4,saya pegi hantar yang sir fotostat.Dush,nasib bahek tak nangis.Kahkahkah.Sir ajar kitorang buat karangan about speech lepastu suruh kitorang berucap kat depan kelas.Uh uh,saya antara salah seorang yang dipilih oleh sir saya itu untuk berucap depan kelas.Serius berdebar gila-gila.Dahlah tak hafal pun teks yang sir kasi tu.

Masa tauhid pulak,ustazah saya ada tanya siapa bakal jadi pengawas tahun depan kan.Saya tak dengar pulak ustazah tanya apa sebab tetiba saya dengar Hanan sebut nama saya.Sambil kening terangkat,muka konpius saya pun tanya, 'Gapo?' .Basirah dan Eka pulak tersengih sengih.Eeee budak berdua ni ,aku tampar kang .Dahlah kelas saya banjir .Ekcelli tempat saya,Basirah,Ain dan Eka je yang banjir pasal botol air saya jatuh pastu pecah.Memang careless lah saya ni :/ Budak lelaki pulak selamba je kata 'Hahhhh,pecohhhhh.Padan mukee.' Okey okey,nasib baik saya ni boleh bersabar lagi.

Okbai.Blog ni nampak kemas atau tak? ;)

p/s:Makan hati,suka hati,terasa hati,sakit hati, jatuh hati

Nak balik raya!


Assalammualaikum!Heloooo,anybody home?Ada orang ke tak ni?Ke semua orang dah balik kampung?OH!Jangan tinggalkan daku bersendirian! <--Pehal ni?

Serius saya nak balik kampung,SAYA NAK BALIK KAMPUNG.Awak nampak kan apa saya tulis ni?SAYA NAK BALIK KAMPUNG!Tahun ni maybe raya kat rumah sendiri je.Ni kes adik saya nak ambik UPSR lah neh T___T Lepas raya dia ada exam.EH EH,saya pun ada exam sebenarnye.Dush!

Saya ingat tahun ni saya boleh beraya dengan happynye tanpa perlu fikir fasal exam.Rupanya tidak T.T Mudir saya kata kat perhimpunan hari tuh,"Balik dari sekolah nanti,kata kat ma dan abah,mudir kirim salam.Dan oyak kat ma ngan abah periksa nanti,jadi" OH,sbnrnya saya sangat berharap peperiksaan tu tak jadi T_T Er,time taip entri ni baru saya teringat saya tak sampaikan lagi salam mudir kat mak dan abah.Nantilah saya cakap kat mak and abah saya.Sure lepas ni mak dengan abah saya tak kasi guna laptop dah ni sebab nak exam. #Tidakkkkkkk

Ustazah saya pulak kata, time gi raya rumah kawan ke,pastikan ada buku dgn kita.Ceh,rasanya kalau saya buat gitu nanti tak pasal-2 orang kata."Nak tunjuk rajinlah konon tuwwwwwwww".

Phew~

Saya selalu tukar background kat blog ni kan?Background polka yg kaler pink tuh ramai yang guna sekarang.Tak bestlah kan tengok blog semua background sama so saya tukar and ambik background lain.Susah nak cari background kaler pink neh,aku buat blog ni jadi warna biru kang!Hahah,ehhhhhhhhhh.Ramai kata tab tutorials saya tak boleh bukak.Er,pehal?
Hihi,sebenarnye lepas korang click mana-2 tutorial dalam list tutorials tu korang kena pegi click entries .Barulah keluar tutorial yang korang nak tu.Sorry ah,template ni banyak menyusahkan korang T_T .Rasa nak tukar jadi denim balik tapi saya dah penat dah nak edit balik.Hurmm.

Kbai lah.Nak gi makan.Eh eh,aku puasa! = ="

Saya ratu air mata, shh senyap

Hai dan assalammualaikum

Memang hari ni sedih sedih sedihlah sangat. Tadi kat sekolah masa madah Quran,ustaz saya buat PSKI and kena hafallah surah Al-Insaan tu ken ken. Saya memang berdebar sangat masa tu. Entahlah,time cikgu lain buat ujian lisan ke hape ke tak takut pulak.Mungkin pasal ustaz cikgu disiplin kot sebab tu saya rasa takot sangat :(

Bila duduk depan ustaz tuh , ustaz pun tanya "Naleng ke dok?" Ustaz saya kecek klate okey,hihihh .Naleng tu lebih kurang ermm ermm berdebarlah kot.Saya tak tahu pun 'naleng' tu apa sebenarnya :p

Saya pun geleng-geleng jelah kepala.Padahal saya memang berdebar sangat.Suhu badan saya tetiba je naik. Bibir saya jadi kering.Suara saya jadi lain.Mesti korang pernah kan kena macam saya?Okey,pastu ustaz pun soal lah saya. Soalan pertama saya tak boleh jawab.Soalan kedua pun saya tak boleh jawab.Soalan ketiga lagilahh.Last last ustaz kasik soalan senang.Nasib baiklah boleh jawab :(

Jadi kenapa saya sedih sangat? Saya sedih sebab saya dah hafal dan dah pastikan saya ingat apa yang saya hafal tu but tetiba je tak boleh ingat.Memang sedih ah -.- Lepas siap PSKI tu,saya pun duduklah tempat saya and guess what saya nangis.Memanng muka tak malu lah saya ni kan.Bila difikir-fikirkan kembali kenapalah saya nangis tadi T___T Siyes, saya tak tahu mana nak letak muka ni >///<

Lepas ni,memanglah saya akan pastikan saya betul-2 ingat apa yang saya hafal tuh.Saya tak nak pisang berbuah dua kali.Cehh.Apapun,doakan saya :')

Kbai

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awak,bila awak nak jadi boyfriend saya? :p

Happy birthdayyy, Basirohh :P


Hari ini hari jadi Basirah tau, tapi saya tak tahu nak kasi hape. HIHI. Okey,sebenarnya takda duit nak kasi hadiah -.- .Nantilah, time akhir tahu nanti kut saya kasi hadiah kat dia dan juga kat Ain. Kedua-dua sahabatku ini sudah tua nampaknya. Hokhok .

Nak nyanyi lagu happy birthday ke? Tak payahlah, suara ai bukan sedap mana.Hakhak .


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Basirah
Happy birthday to you


Masa nak pegi solat kat masjid , Ustaz Tarmizi panggil saya. Ustaz ni cikgu disiplin sekolah saya tau.Dia ajar madah Quran kat kelas saya. Memang saya rasa pelik ah. 'Asal tetiba ustaz ni panggil haku ni.' Pastu ustaz cakap,

'Asal you pendek?'

So, saya jawab .

'Entah ustaz.I pun tak tahu.'

Pftt, selamba betul saya jawab :P Kat sekolah tadi ada tuisyen. Okey,saya memang malas nak pegi tuisyen tapi daripada kena baca yasin@rotan kat dataran lebih baik pegi kan? :3

P/S : Saya benci hari Ahad sebab beg saya selalu saja berat T_T