Showing posts with label happy. Show all posts

Bau kedai

Aku dah lama mengidam nak beli laptop baru tapi abah aku cakap tunggu aku masuk universiti dulu baru boleh beli yang baru.Aku tak kesah mana lagipun masa aku study kat matrik dulu aku bukan pakai sangat laptop jadi aku memang tak pernah bawak langsung laptop balik matrik.Laptop yang aku ada ni dah lama sangat.Laptop tu abah aku bagi hadiah sebab dapat 5A UPSR hihi.Dengan laptop tulah aku guna untuk main Facebook sebelum aku dapat pegang phone sendiri,edit blog,majalah sekolah,buat kerja-kerja design huihh memang banyaklah jasa laptop tu kat aku.

No wonderlah sekarang laptop tu asyik meragam dan susah nak bagi kerjasama.Asal aku tengah syok buat kerja guna laptop tu time tu jugaklah dia nak shut down tetiba.Can you feel me?T_T

Aku hagak dia jadi camtu sebab battery dia dah condemn.Aku dah pernah tukar dah battery laptop tu sebelum ni tapi dia jadi condemn jugak yelah sape suruh tak tutup suis charger lepas dah habis charge???Maka sampai kesudahnya laptop dan charger aku macam Buddyz takkan terpisah.Charger wajib kena pasang dan on kalau tak nak laptop tu bagi surprise shut down lagi.Aku jugak yang down karang.

Bila kat rumah ni aku pakai je dulu laptop aku.Aku lagi suka guna laptop mak atau adik aku sebab laptop diorang tak jem macam aku.And then my sister need my help untuk project dia which requires me a laptop to do it.Tapi aku takleh harap dengan laptop tu sebab asyik problem je.Adik aku nak blah hostel dah masa tu and I can't always bergantung with my mom's laptop sebab of course dia nak guna untuk kerja-kerja dia.

Malu tapi mahu jadi aku menebalkan muka aku untuk try mintak dengan abah supaya beli laptop baru.Bak kata Coldplay masa dia nyanyi lagu Fix You,"If you never try you'll never know".Eh ternyanyi pulak nasib baik korang tak dengar.Back to our story,abah tak terus setuju.Macam-macamlah alasan yang kukuh dan konkrit aku bagi and lastly abah setuju.Bersinar-sinar terus mata iols bila dapat ni;

COME TO MAMAAAAAAA
(Ekcelli dalam kotak tu kosong je,aku gelojoh sangat nak tengok isi dalam dia)

Thank you so much abah for this! <3

I really like it!!It's Acer Aspire E14.Laptop ni lebih ringan daripada laptop aku yang sebelum ni.Nak guna untuk buat kerja pun smooth dan selesa je.Bolehlah lepas ni nak tengok movie dan blogging dengan bahagia.Jangan tetiba rasa pelik dan menyampah pulak tengok aku rajin update blog yer muahaha harap korang tabah je k.


Matrik & TESL interview

Saya tengah eksaited ni kawan-kawan hahaha okay bagi saya rilek sikit kita tarik nafas dulu okay.1,2,3 tarik nafas....hembussss,tarikkkk hembussss.Tengok tajuk post pun korang dah boleh agak kan saya eksaited pasal apa.Yes!Saya dapat tawaran matrik dan temuduga tesl.Syukur Alhamdulillah.Dahlah dapat tahu dua-dua berita ni semalam hahaha memang happy gilalah iolls.

Let's start with matric.Saya dapat tawaran dekat Kolej Matrikulasi Kelantan.KMkt for short.Mula-mula dapat tahu tu saya lega dapat matrik tapi kenapa mesti dekat Kelantan ToT Dahlah duduk kat Kelantan,dapat pulak matrik kelantan.Saya sebenarnya nak belajar tempat jauh sikit kalau boleh luar Kelantan tapi abah saya lagi suka saya belajar dekat sini je sebab tu abah paling happy bila saya dapat Kmkt.Kmkt ni dekat Kok Lanas,4 jam perjalanan dari rumah saya jadi memang dekatlah.Saya nak abah saya lawat saya tiap-tiap hari pasal suruh saya masuk kmkt muhahaha.Abah dan ma asyik promote matrik tu,diorang cakap matrik tu bagus sebab baru lagi,bangunan baru,katil baru,bantal pun baru.Still new and fresh lah.

Kawan-kawan saya pun ramai yang dapat kat situ.Ada kawan saya masa sekolah rendah dekat Pahang dulu pun dapat kat situ tapi saya tak tahulah dia ni nak masuk matrik ke tak.Lepas ni masuk matrik nak tambah kawan baru,tengok-tengok ramai yang dah kenal hahaha.

Mostly orang Kelantan dapat matrik Kelantan tapi ada je yang dapat Penang macam kawan saya,Nik.Basirah cakap Nik sedih sebab kitorang ramai dapat matrik Kelantan dia sorang ja Penang.Ma saya beritahu,hari tu dia ada tanya pihak matrik diorang cakap matrik memang dah set dah orang Kelantan dapat matrik Kelantan sebab ada banyak kes student yang dapat tempat jauh-jauh lepas tu mintak tukar tempat.

Tarikh daftar matrik 24 Mei 2015.Saya macam tak percaya.Tak lama dah tu bulan depan dah masuk matrik.Sekarang kena menikmati setiap saat di rumah sebelum masuk matrik.Okay bunyi macam nak masuk matrik je ni.Sebenarnya saya dalam dilema.Saya tak tahu sama ada saya patut pergi matrik atau tak sebab sekarang ni saya rasa nak tak nak je pergi.

Anyway tahniah yang dapat matrik.Kalau tak dapat tu jangan risau boleh buat rayuan macam kawan abang saya dia buat rayuan then akhirnya dapat jugak masuk matrik.InsyaAllah ada rezeki tak kemana,kalau bukan matrik pun mungkin peluang korang kat tempat lain.

Alhamdulillah another good news to me lepas result matrik,


Saya dipanggil untuk temuduga tesl!! 

Masa tu dekat rnr,abang saya beritahu saya dapat temuduga tesl.Saya rasa macam nak lompat bintang je kat situ haha.Sebenarnya 10 April lagi kena buat semakan temuduga tapi saya tak tahu apa-apa nasib baiklah ada abang yang prihatin kahkah.Tu pun pasal dia tengok kat facebook ramai yang dapat iv tesl.Dia teringat yang saya pun ada apply tesl uitm dekat upu jadi sebagai abang yang prihatin dia tolong check.Thanks my bro :')

TESL uitm ni first choice saya dalam upu.Tak sangka boleh dapat hehe.Saya dapat temuduga dekat Uitm Kampus Machang pada 19 April 2015 hari Ahad.Minggu depan saya kena temuduga tesl.Tinggal 4 hari je lagi untuk buat preparation.Siyesli saya rasa berdebau-debau.English saya dahlah berkarat lagi jadi nak kena asah balik ni.


Pray for me guys!


1st of May

What a late entry,I'm sorry :>Today is 1st of May people.....and I'm still survive.Macam biasalah,hello Mei dan babai April.Macam-macam yang dah jadi pada  bulan April ni like baru-baru ni saya dapat Anugerah Pelajar Cemerlang 2012.
Gembira....dua orang pelajar cemerlang yang bersahabat baik iaitu Nurain Syahirah (yang mebuat gaya kangaru) dan Anis Diyana (yang cool orangnya) gembira kerana mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang 2012 RM100 :P

Dengan duit tersebut saya telah menggunakannya untuk membeli ermmm errrr aaaaaa vvvvvarsitiiiiiiiiii macam bawah ni.


Warna merah jambu itu yang membuatkan ku tertarik dengan varsiti tersebut.Habis melayang duit,tengah menyesal ni.

Ok lupakan.Saja nak bagi korang tahu,minggu depan saya akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun iaitu selepas saja pilihan raya.Kepada yang akan mengundi nanti,saya mohon saya betul-betul mohon undilah baik-baik demi masa depan anak cucu cicit nanti T-T DAN INGAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!





UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.kuikuikui.

Mood blogging dah hilang :( Ada kaitan dengan blog ni,saya nak edit blog balik InsyaALLAH selepas habis je exam.


STAY TUNED ^___^

Beg comel ^^


Assalamualaikum,hai ^^

Saya beli beg comel polkadot niii tapi beg ni macam dah common tengok orang pakai,ah I don't care :P Harga sebenar beg ni RM25 tapi kawan kakak saya bagi murah jadi saya bayar RM23 je.Beg ni kawan kakak saya beli dekat Perak.Kebetulan beg saya dan Ain sama cuma button dekat beg tu jelah yang lain.Saya,Ain,Basirah dan Eka (kami satu geng) beli jenis beg yang sama!!Kami kan sehati sejiwa,seotak sekepala~~~I love uollsss ^3^


Memori 2012 saya

Status : Aku nak makan.

Ini senarai memori sweet n sour saya sepanjang 2012 ini ;

-Kena denda ketuk ketampi dengan senior,kena junjung talam masa usrah kepimpinan dulu T_T

-Stress sebab kena buat kertas kerja untuk satu program nih........tapi program tu last2 tak jadi.!@#%%^&*

-Result peperiksaan penilaian 1 & 2 dapat teruk.Sampai guru kelas tanya, 'Kenapa teruk sangat result periksa awak ni?' Sedih punya soalan.

-First time masa peperiksaan penilaian 1 atau 2....subjek Al-Quran saya dapat GAGAL.

-Kena denda di luar kelas dengan kerusi diletakkan di atas kepala di bawah cahaya matahari sebab gagal subjek Al-Quran tadi lah.Dahsyat woooo.

-Bekalan internet tiada lepas saja habis raya Aidilfitri.Sungguh cedih.That's why lama sangat tak update blog ha ha.Abah memang saja buat macam ni sebab nak suruh saya study untuk PMR T______________T

-Sepanjang peperiksaan PMR dijalankan,saya jatuh sakit he he.Dan saya masih ingat sampai sekarang esoknya nak periksa Sains tapi saya tertidur sebab badan rasa letih sangat :( Bila bangun ja dah pukul 11.00 malam ah memang tak sempat dahlah nak belek buku.Tapi Alhamdulillah tak sangka soalan periksa Sains sekacang itew ,hihik.

-Dugaan kali kedua semasa exam PMR,cermin mata patah kena pijak dengan diri sendiri.Sebabnya,main guling-guling atas lantai.Tapi saya menjerit kegembiraan!!!!!!!!!!!Sebab saya dapat beli cermin mata baru,yehuuuuuuuuu!!!!!!!Tak sia-sia main guling-guling dengan Ain ha ha.Lepas habis exam Pendidikan Islam terus report dekat mak yang cermin mata dah patah.Mujur mak saya tak komen pape dia terus je gi kedai cermin mata dan buat cermin mata barulah.Cermin mata bingkai penuh kaler merah menjadi pilihan hati ku.Kuikuikui.

-Hari terakhir sebelum mudir kasi cuti free (sebab PMR dah habis)saya,Ain,Eka dan Basirah pegi makan maggi sup.

[Eka takde,dia tukang ambik gambar.]

-Saya menangis sebab result PMR tak jadi keluar 19/12 .Sekolah saya tak macam sekolah orang lain yang boleh ambik awal result PMR depa.Jealous much.

-Mentor@Guru BI@papa saya orang yang pertama beritahu saya yang saya dapat 9A PMR di facebook beliau,huhu.Ya Allah,gembiranya rasanya.

Sempat lagi sir buat lawak ha ha.

-20 Dis 12,Khamis.Saya pegi ambik result PMR saya.Baru je semangat nak ambik result tiba-tiba cikgu cakap awak ni tak bayar hutang lagi blablabla hahadoiii.

[With le girls of 3 Mekah lepas dah ambik result PMR]

Hahh, tu baru sikit je,sebenarnya  ada lagi cuma malas nak taip .
Memang saya tak nafikan,tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi diri saya sendiri.

2013,saya berharap kenangan indah akan tercipta sekali lagi.Berusahalah!!!!!

Terharu :')

Rasa macam retis pulak orang post banyak-banyak kat timeline gua ni.Kahkahkah.

Terima kasih T^T Wish daripada korang buat saya senyum macam orang gila,hahah. Takda orang bagi hadiah lagi kat saya ni,kalau ada yang nak bagi nanti saya kasi alamat rumah okeh xD Dan saya nak wish Happy Birthday juga kepada Kak Qeela kita yang cun sebab birthday dia pun hari ni jugak sama dengan saya ^__^ Exam saya belum habis lagi jadi mungkin InsyaAllah lepas habis exam saya nak balas wish korang semua.Berusahalah!Hohoho~

Kami berdua takda hubungan apa-apa.Serius.

Let's chicken dance bebeh

Hello dan Assalammualaikum

Don't know why, I can't stop smiling.Teheeeee ^____________^v <--manis bukan? Setelah dua minggu ku terkurung dalam dewan sekolah,kini ku sudah bebas!Lepas ni,dah tak rasa bersalah kalau nak online blogger/facebook .Hehe.Ohya,dah lama tak bukak blog ni #haktuih teringin nak tanya khabar korang semua ni.Sihat ke tak?Blablabla,tadi paper last paper Science dan Nahu.Memang terer lah ai, jawapan yang saya tak tahu tu saya hentam sajaa.Lepas jawab exam tu dah malas nak check.HIHI

Saya habis exam awal sebab cikgu ada mesyuarat.Jadi ehem *angkat kening* saya,Basirah,Ain dan Eka buat pegi tawaf satu sekolah.Tapi hajat kitorang tak kesampaian sebab Ain ni banyak songeh betullah,asyik nak keluar sekolah je. =P Jadi kitorang gi *shopping* hawhaw.Alahh,kat sekolah saya takdoknye pung bangunan shopping komplex bertingkat-tingkat tuh.Kitorang selalu pegi beli pisang goreng kedai Kak Ya tu je.Nasib hari ini dapat keropok free.Terima kasih muah muah! Eeeuwwwwww

Saya sedang cuba nak buat template saya sendiri .Tapi entah kenapa tak jadi jadi,fed up aku.Hahhh,lepas ni nak buat B2ST challengelah.Babai!

Once upon a time,


Hai dan assalammualaikum semua!

Okey,ni bukan cerita fairytale ke hape.Jadi baru baru ni,saya tak hupdate blog pasal saya balik kampunglah kan.Hehhehh,hari tu kemain lagi kata tak balik kampung ;p Konon.Jadi bagaimana raya kamu semua?Seronok kan?Sebut pasal duit raya,er tak banyak yang saya dapat.Memang betul hipotesis Amal buat tu,"Semakin bertambah angka pada umur,semakin berkurang angka pada duit raya.".Sape setuju angkat tangan ;p

Memandangkan duit raya tahun ni yang ciput semacam,jadi takda harapanlah untuk daku membeli anak patung domo yang besaq tu,tskk T________T

Tapi,

Heheeeee
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ngehheh,saya ingat Cik Nad manalah tadi.Hohohh.Tapi alhamdulillah,menang jugak GA ni ;D

Tutup cerita pasal tu,hari tu saya pegi beraya kat Machang,Kota Bharu dan Terengganu.Saya beraya kat Terengganu kat rumah kawan lama saya.Lama oh tak jumpa dia,rindu sehh.Time berjumpa tu,malu-malulah konon.Yelah kan,dah lama tak jumpa.Kitorang cerita macam-macamlah kan,pasal sekolah,pasal pelajaran #ceh.Topik yang kitorang bincang mula-mula pasal artis korea.Erk.

Kawan saya kata, math dia teruk.Saya pun kata ,'Ehehh,samalah dengan saya.' Huff,tak tahulah exam nanti boleh buat ke dak math.Kalau soalan tu senang macam makan kacang putih,saya kunyah-kunyah jelah. -____________-

Baru-baru ni,mak sedare saya datang ke rumah.Depa datang dari Kota Bharu dan nak pegi KL.Saya sangat gembira pasal dapat jumpa sepupu comel saya ni!Heehee.

kroihh..kroihh

Abang kepada budak kecik kat atas ni kononnya tangan senilah kan so dia pun lukis kat papan putih..


...kereta.Ahahh,semartt.

Sekarang saya dah tak boleh online sangat #maybe. Hihi,rasa nak deactivated FB dan fokus kepada study.Ceh kononlah tu.Mula-2 je semangat nak buat ulangkaji tapi tak sampai 10 minit dah rasa malas.Tak lama lagi budak-2 tahun 6 nak UPSR dah kan?Good luck untuk korang.Buat masa sekarang,tumpukan perhatian kepada peperiksaan dulu.Lepas periksa nanti,korang boleh 'raya' puas puas.Hihihi. #Okey,saya pandai cakap je

(P/S : Doakan kejayaan saya dalam peperiksaan nanti.Oh,first time Amal dapat ngomen dengan AyeemAyam,dah pun melompat tak ingat dunia :p )

I'm happyyyy :D

Source : tumblr
Assalammualaikum :D

Tadi kat sekolah ada PLBS. Singkatan untuk apa ntah, HIHI. Jadi, cikgu suruh pilih bahan untuk PLBS tu.Ikutlah nak ambik syarahan ke, sajak ke, ceramah ke atau apa-apalah.Saya pilih syarahan.Tajuk dia 'Gaya Hidup Sihat' . Senang jea ;) Lepas Amal, giliran saya pulok bersyarah. Nasib baik teks syarahan dia panjang berjela-jela sempatlah jugak saya salin teks syarahan saya tu, huahuahua .Bila giliran saya tu, budak-budak 2 Mekah tu semua tepuk tangan.Hamboii, dah rasa macam nak bertanding lah pulak :P

Memangg, urghh takutlah time tu. Dahlah tak buat persediaan apa-apa pun . Semasa saya bersyarah tu ada ke patut Amal ni buat flying kiss kat saya? Agak-agaklah sikit kalau nak buat gitu pun.Nasib baik giliran dia dah lepas kalau tak saya buat gitu kat dia balik.Hak hak hak .Cikgu kata saya bersyarah tu dah cukup bagus. Ngehngehngeh.

Esok kelas 2 Mekah ada buat lawatan ke Akademi Pengajian Islam ( API ) di Nilam Puri. Yuhuu, tak payah datang sekolah! :DDYang ruginya, Basirah tak pergi. Itu budak banyak songehh woo. Gua tanya dia banyak kali dia tetap bilang ngakk pergi. Jawapan copy paste gituh. Dah penat dah saya dan Ain tanya dia soalan yang sama.

Lepas pegi API, bolehlah shopping kat Tesco. Yippiee! Tapi nak pegi KB Mall. Nak jugak nak jugakkk T____T Takpelah, dah janji dengan BF nak dating kat KFC. Harrharr, memang rugi betul Basirah tak pegii :P Kalau tak kita bolehlah makan ayam KFC samasama . Nantilah saya tunjuk gambar ayam goreng KFC tu kat awak ehh. Saya upload video and gambarnya sekali .Saya dan Ain dah janji nak buat rakaman video kat sana nanti. #InsyaAllah kalau pergi

Nampak macam kedaratan lohh, apa budak-budak 2 Mekah ni macam tak pernah tengok Tesco.Ohoho. Dalam bas nanti tengoklah, pelbagai aksi mengada-ngada ada. Tahun ni tak boleh nak makan sedap-sedap macam kat hotel tu.Kemungkinan nasi bungkus je kott. Takpe takpe, rezeki tuwwww .
AD : Nevermychoice komen entri tuto saya yang ini.Hihi, sukaaaa! Thank youuu .I love all my readers :DD
Iklan : Nak header percuma tak? Cik Adira Jamal ada buat tempahan header free. Header dia boleh tahan comel :) Sape nak , boleh pergi blog dia --> http://amigomvp.blogspot.com/ Cepatt sebelum Dira tetiba buat bayaran.Haha .