Showing posts with label Basirah. Show all posts

Kem,pengakuan dan makan

Assalammualaikum semua.

(baca dalam satu nafas sahaja)
Bila ada saja program kat sekolah macam usrah,kem atau apa-apa ajolah yang melibatkan hari Khamis dan Jumaat ni yg mana hari untuk saya berseronok dan melepak kat rumah aje,dah mula dah tu..terus keluar muka sedih ai T.T


Kecewa..hampa..sedih sekali.. *entah pape entah* Saya dah buat rancangan cuti Jumaat dan Sabtu ni,bila balik rumah aje terus nak on laptop dan buat entry baru,stalk 'dia' ni kat Facebook,ghahaha xD Heh heh,takdelah :P,mendodolllllll/mendoodle,makan makan *muahaha*,tidur kroih kroih,buat homework,hafal teks syarahan,buat revision dan me'relaks' aje kat rumah sambil makan kuaci.Tapi semua tu tak boleh nak buat sebab saya dapat surat yang saya kena pergi Kem Kepimpinan.

Pengakuan pertama : Jujur saya cakap,saya malas nak pergi.Hehheh,tapi saya pergi jugak :P

Fasilitator kem ni kakak-2 dan abang-2 bekas pelajar sekolah ni jugak.Lama tak jumpa diorang.Tak tahulah ada yang dah kahwin ke tak.Diorang ni cantik-cantik dan hensem hensem.Ahakkssss,kenapa?Korang berkenan ke?Hok kohok *batuk gatal*

Bila masuk dalam dewan tu,kakak-2 dan abang-2 ni ada bagi taklimatlah kan.Dan bila tiba giliran Kak Sarah bagi taklimat saya dah kecut perut sebab..

Pengakuan kedua: Saya takut dengan Kak Sarah sebab..dia..garang.Aummm,sorry ye kak.Hihik xD

Kitorang disuruh cari kemuncup.Perghh.Kalau lambat kitorang kena denda.Apa lagi,terus saya dan Basirah cari kemuncup.Dah serata tempat kami cari tapi tak jumpa.Selama ni bila saya jalan-jalan kat kawasan sekolah mesti ada je jumpa kemuncup.Dah kena mesin agaknye dengan tukang kebun sekolah .__. Tapi akhirnya jumpa jugak.Weheee,rasa nak melompat kegumbiraan :DDD Lepaih tu,saya dan Basirah terus berlari berkejaran,seindah bunga di taman.Ok,merepek apakah ini?Saya dan Basirah terus lari masuk dewan.Sambil berlari tu kitorang kontrol ayu jugak.Ahakk tuih *buang kahak* Euww.

Kak Sarah suruh kitorang semua tunjuk kemuncup yang kitorang cari tu.Saya pun dengan bangganya tunjuk kemuncup saya tu dekat Kak Sarah.Kak Sarah cakap lebih kurang camni ah;

'Tu barang amanah awak.Awak kena jaga barang amanah tu dan jangan bagi hilang.' <--Baca ikut loghat kelate dehhss.

Lepastu macam biasa,kitorang makan dalam talam,sembahyang maghrib.Tak pergi mandi pun,takpe sebab saya wangi.Eh,ok.Malam tu lepas habis ceramah aje kitorang kena denda.Best sangattttttt *tahan air mata* Bukan saya sorang je kena denda,heh.Semua kena denda,yeyyeyyyy jadi taklah malu sangat,ihik.Kitorang kena denda pasal ada orang datang lambat masuk dewan.Kak Sarah ada cakap,kalau sorang buat kesalahan,satu dewan kena denda.Gulp. *telan air liur* Bagi sayalah,denda ni lagi teruk daripada dulu.Budak lelaki macam biasa kena 'pumping' *entah betul ke tidak saya eja tu* .Budak perempuan pulak kena duduk sekerat.Ah,korang bayangkan ajelah -,- Mula-2 tu memang takde rasa effect apa-apa pun,lepas 5 minit dah terasa..kepenatan dan keseksaannya ;~; Terketar-ketar kakiku dibuatnya.Saya cover jugak ah time tu kut-kut nanti orang tanya kenapa kaki saya terketar-ketar tu.Bila habis program,saya tanya adik saya,Amin pasal tu.Dia cakap orang tak nampak sebab otot kita yang terketar-ketar tu.Eh?Lantak ah.

Pukul 3.30 pagi kitorang dah kena bangun dan kena bebel .Tskk.Masa tu korang sedang syok tidur.Oh,saya jeles T_T

Abang-2 ni marah kitorang.Maaf,tapi ini pengakuan ketiga saya pulak.

Pengakuan ketiga : Saya tak rasa nak menangis pun sebab masa tu saya masih mamai.Ohohohh

Jadi memang patut pun saya kena simbah dengan air oleh abang tu *tak ingat nama dia* .Nasib baik saya berdiri kat belakang sikit jadi tak air tu tak kena sangatlah.Kena sipi sipi jew.Risau jugak saya sebab saya ingat air tu kotor en.Tapi Abang Wadi cakap dalam dewan semalam,'Air tu suci.Jadi tok sah risaulah blablablabla..'.

K,lega :)

Abang tu *abang yg simbah air tadi* tanya kitorang.'Marah ke sebab abang buat macam ni?' Err,pengakuan keempat pulak eh?

Pengakuan keempat : Tipulah kalau saya cakap tak marah.Marah tu ada,tapi tak terlalu marah sangatlah.Entahlah kenapa saya rasa macam saya takda perasaan sikit masa tu..

Dan dia tanya lagi, 'Ada sesiapa yang nak tarik diri dan letak jawatan?!!!Sekarang jugak aku hantar surat dan serah kat Ustaz Tarmizi.'

Takda pun yang keluar kat depan masa tu.Okay,sila dengar pengakuan kelima saya pulak.Hawhaw.

Pengakuan kelima : Err,saya pernah terfikir nak letak jawatan tapi..tak jadi.Hee

Sebab saya cuba fikir positif macam abang tu cakap;

Allah pilih kita untuk jadi pengawas sekolah,pengawas maktabah dan sebagainyaaaa tapi kita marah dan kita nak letak jawatan.Kita marah dekat siapa sebenarnya?Dekat Allah?Kita ni manusia yang kerdil,ingat tu ye :) Pesanan ni untuk diri saya sendiri dan korang jugak :)
Lepas habis kena bebel itu semua,saya pergi mandi.Takde masa dah nak sambung tidur balik sebab kena pergi masjid dan buat qiamullail sama-sama.Jadi pagi tu bila dah cerah,ada aktiviti riadah dan lepas riadah kitorang sarapan.Oh ye,ada sesi suap menyuap jugak ye.Tapi perempuan dengan perempuanlah,mana boleh perempuan dengan lelaki --' Eh,jangan rasa geli pulak.Ini sunnah nabi Muhammad SAW :> 

Lepas habis makan,kitorang masuk dewan.Kitorang disuruh masuk dalam kumpulan masing-masing untuk LDK (latihan dalam kumpulan).

Dalam kumpulan saya ni,ada dua abang yang sporting.Mu-ha-ha,diorang yang paling banyak cakap sekali.Saya tak tahu nak cakap apa jadi saya diam jelah,heh.Bukan pasal ada emas dalam mulut,huh.Diorang berdua yang banyak bagi idea untuk latihan dalam kumpulan kami ni.Maaflah kalau menyusahkan abang-abang berdua.Hihik xD Sungguh saya kagum tengok gaya diorang bercakap depan orang ramai.Tak rasa malu apa pun.Bila audiens tanya soalan,diorang tak gagap pun masa jawab soalan.Haishh,bilalah saya nak jadi cemtu.

Lagi saya kagum masa tengok diorang berdebat.

Uwahh,masa debat tu seluruh isi dewan jadi hot seketika.Hahah.Memang berkaliber ah senior-senior tingkatan 6 ni.Dah rasa macam duduk dalam bangunan parlimen pulak da.Memang seronok betul tengok diorang berdebat ni.Abang Wadi pun join sekaki jugak dengan budak-budak ni.Hahaha.

Bila habis je program,saya terus packing barang semua dan solat Asar dan terus blah!Sungguh..

Pengakuan keenam : Saya malas nak duduk lama-lama kat sekolah.Haha :p

Tak sempat nak salam kakak-kakak fasilitator tu,huuu.Tak sempat jugak nak tanya nama kakak cantik ni,ehek.Sebelum balik rumah tu,abah saya pergi hantar kawan Amin ni balik rumah dia dulu dan lepastu pergi makan.Adakah sempena meraikan kepulangan saya dan Amin dari kem ini? xD

Makan burger,nyum nyum.Korang nak ah tu :P

Kesimpulannya:
Walaupun kena marah,kena bebel,kena denda tapi saya dapat satu pengalaman yang indah dan tak indah juga.Harrharr :B Jadi rugilah kalau ada yang tak pergi tu *jelir lidah* Pemimpin mana boleh lembik kan,jadi kita kena BERANI!!!!! *tumbuk meja* Ouch,sakit.Okbaiii *lambai tangan*
Macam mana cerita pasal kemuncup tadi?Okay,kemuncup saya hilang TAPI dijumpai balik.Feh,lega.Ni sebab saya buat solat hajatlah ni,hee.Syukur,Alhamdulillah :'D Err,sebenarnya kan..kemuncup tu terjatuh dalam longkang.Wehh jangan gelak!!Sekali lagi,okbai.

ILoveYou kemuncup muchuk.Pasal hang aku tak lena tidur malam.Isk isk.

Kena denda itu tak best

Assalammualaikum dan hai semua.

Sungguh menyedihkan *sobs* .Mehlah kuceritakan dari awal sampai habis.

Semalam dan semalam satu lagi,muehehe,saya dapat surat yang mana saya kena pergi Usrah Kepimpinan.Saya dah macam...wawwwwww wawwwwwww nak duduk kat rumahhhhhhhhh!!!!


Bila sampai kat rumah saya terus packing barang untuk gi usrah tu le.Saya pergi setakat dua hari je.Mak saya sampai cakap saya ni nak gi sampai 5 hari sebab beg kemain besar.Muahahahahh.

Dah sampai sekolah! *tetiba* Tu lah sekolah saya,hehe.

Malam tu saya tidur kat masjid.Awal saya bangun,hah hah tapi paling lambatlah kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.Saya buat muka selamba je,ngahahah.Pagi tu memang sejukkkkk.Menggeletar saya dibuatnya.Saya kena bangun awal pagi sebab nak buat Qiamullail.

Lepas dah pukul 7.00 tu en,senior cakap 10 minit dah kena ada kat dataran.Kalau lambat kena denda.Saya..datang lambat sebab pergi tandas jadi kena denda ketuk ketampi.Korang bayangkan jelah,wawawawwwwawww.

Tu baru kesalahan pertama saya.

Saya buat kesalahan kedua pulak,adess.Sungguh menyedihkan tambah tambah memalukan T^T Masa saya,Basirah dan kawan-kawan yang lain makan dalam talam tu kitorang bahagi terus bihun goreng tu.'Ni untuk kau,ni untuk aku.' Macam tu le.Jadi ustaz peghasan kitorang makan cemtu jadi tak pasal-pasal kena denda junjung talam.Ah,ce korang bayangkan.Wawawawawawawwww.

Semua orang tengok kuts.Kesian budak-budak perempuan yang lain takleh nak makan pasal kitorang T^T Harap depa tak marahlah.Pengajaran yang saya dapat daripada Kak Atiq ini ialahh..'Jangan pentingkan diri sendiri'.Okay,tak nak buat dah T^T Maaf ye korang~

Dalam dewan...

Ustaz Habidin ada beri taklimat dan lantik naqib dan naqibah untuk program usrah ni.Saya..terpilih jadi naqibah untuk kelas 1 Kaherah.Tak tahulahh siapa yang lantik.Sepatutnya saya rasa gembira sebab dapat jadi naqibah ni tapi...

...saya tak rasa macam tu.Iyalah,dah banyak kesalahan yang saya buat.Ada hati nak jadi naqibah,uwelkkkkk.Orang mesti fikir macam tu T_T Jadi naqibah ni kena ada banyak maklumat,kena tahu macam-macam,kena pandai bercakap depan orang ramai dan kena berani.Saya ajak Basirah untuk jadi partner saya untuk sesi usrah tu nanti.

Masa sesi usrah saya dengan kumpulan saya,kagum betul saya tengok kakak senior ni bercakap depan orang ramai.Kakak ni budak tingkatan 6,tak ingat dah nama dia apa.Dia dulu sekolah MMGM tapi pindah kat MMP dan last sekali pindah MMGM balik tahun ni.Kalau korang nak tahulah kan, sekolah MMP ni sekolah hebak.Kalau tak silap,ada 164 orang dapat 9A PMR tahun lepas.Teringinnya nak pergi T_T.Tunggu result PMR saya 9A nanti saya akan pergi sana.Muahahah.Okbai.