Once upon a time aku beli kasut di Vincci. Masa cuba-cuba pakai tu helok je melekat kat kaki so aku pun beli lah tanpa ragu-ragu. Bila nak keluar berjalan-jalan baru aku perasan sebelah kasut tu longgar. Cepatnya kasut ni membesar?!
Nak return balik kasut tu dekat kedai tapi aku dah lama beli and dah pakai so macam takpelah aku jual jelah nanti but end up berbulan-bulan duduk dalam kotak kasut. Sampai sekarang bau kedai lagi lol. Nah kebetulan aku pegi Watsons terjumpa benda ni. Sebenarnya nak beli barang lain tapi dah masuk kedai terbeli barang lain pulak hmm perempuan.
Aku baru tahu benda macam ni wujud kahkah. Btw benda ni ada nama, nama dia Suede Heel Grips. Aku beli ni jenama Watsons. Harga RM4.90 sahaja. Murah je ok. Aku saja je nak try dalam hati dah gelak jahat macamla benda ni jadi. Sekali aku tepek dekat belakang kasut and then pakai terus muat dan tak longgar lagi dah. Betul ni tak tipu!Magik betul heel grips ni gais.
So heel grips ni sesuai untuk kasut yang bertutup dekat belakang tumit kalau tak bertutup nanti nak tampal kat mana pulak kan takkan kat dahi kot ish. Cara-cara nak pakai senang je bukak dulu pelekat dekat belakang benda tu pastu tampal je teruih. Make sure tempat yang korang nak tampal tu kering. Lepastu tunggu je gam tu kering kat situ dalam 1-2 jam macam tu. Jangan risau gam dia memang melekat kuat dekat kasut seksa jugak aku nak menampalnya haha.
Selain untuk masalah kasut longgar, Watsons Suede Heel Grips ni sesuai jugak untuk kaki korang yang selalu sakit bila pakai kasut. Self padded inlay dalam heel grips ni yang buat korang rasa selesa bila pakai kasut tu. Benda ni kena tukar jugak sekali sebulan. Highly recommended kalau korang ada masalah kasut macam aku ni haa.
p/s: Maybe Cinderella patut cuba heel grips ni baru tak tercabut kasut